Isnin, 12 Mac 2012

FT Island (Severely)

 Inilah kumpulan FT Island... Diketuai oleh Jong Hoon .. Ahlinya Hong Ki, Jae Jin, Seung Hyun dan Min Hwan....

Bila aku tengok group korea FT Island aku mesti ingat dengan seorang kawan aku yang minat gila dengan Lee HongKi. Dia sanggup print out gambar2 kumpulan nie dan lekatkan pada fail2nya.. heheheh.. tulah dia kawan aku.. walaupun baru jak kenal dia tahun lalu, tapi memang best kawan dengan orang yang gilanya sama dengan aku.. Gila korea.. hehe, tapi tidaklah gila sangat..

Lagu baru FT Island yang aku tahu setakat nie ialah Severely. Kalaulah kawan aku tu tahu, ataupun dia sudah tahu dia mesti minta tolong aku downlondkan lagu itu.. hehehe...

Lagu Severely nie mengisahkan tentang seseorang lelaki yang kehilangan kekasihnya akibat kemalangan. Watak lelaki itu dipegang oleh Lee Hong Ki. Hong Ki selalu membawa keratan akhbar tentang kemalangan yang menimpa bekas kekasihnya itu. Suatu hari, ada seorang gadis yang mirip dengan bekas kekasih Hong Ki, Hong Ki ternampak gadis tersebut lalu memeluknya. Gadis tersebut terkejut lalu mengatakan bahawa dia tidak mengenali Hong Ki.
         Mulai hari itu, mereka pun berkawan. Hong Ki juga telah menganggap yang gadis itu sebagai bekas kekasihnya. Ketika mereka sedang bersiar2 bersama2, Hong Ki berminat dengan seutus rantai dan buah rantai tersebut ialah jam. Gadis itu pun membelikan rantai itu untuk Hong Ki. Ketika gadis itu berlatih menarik Hong Ki memperhatikan gadis tersebut dan ketika itu juga air matanya mengalir kerana teringatkan bekas kekasihnya, Hong Ki keluar untuk menghapus air matanya supaya gadis tersebut tidak melihatnya. Pada ketika itu, gadis itu mengambil kesempatan untuk memasukkan rantai tersebut ke dalam kocek baju Hong Ki. Gadis itu terjumpa keratan akhbar tentang kemalangan yang melibatkan bekas kekasih Hong Ki, tiba2 air mata gadis tersebut mengalir, Hong Ki masuk kembali ke dalam tempat latihan menari dan mendapati gadis itu memegang keratan akhbar tersebut. Hong Ki mahu menjelaskan sesuatu tapi dia telah dihalau oleh gadis tersebut.
       Selepas kejadikan itu, gadis tersebut tidak mahu bertemu dengan Hong Ki lagi(mungkin dia rasa yang Hong Ki hanya mencintai dia disebabkan wajah dia sama dengan bekas kekasih Hong Ki dulu). Hong Ki mengejar gadis tersebut, tapi gadis tersebut tidak mempedulikan dia(sebab gadis tersebut pakai earphone). Gadis tersebut berjalan tanpa mempedulikan panggilan Hong Ki hingga lah, ada sebuah kereta melanggar Hong Ki, barulah gadis itu menyedari bahawa Hong Ki mengejarnya dan telah menyelamatkan dia. Ketika itu juga, rantai yang dihadiahkannya kepada Hong Ki telah terkeluar dari kocek baju Hong Ki. Hong Ki tidak dapat diselamatkan..
         Sekali lagi surat khabar menyiarkan cerita mengenai seseorang yang telah meninggal dunia di tempat yang sama dengan seorang gadis dahulu.. Hong Ki telah meninggal/mati di tempat bekas kekasihnya..


So Sweet.. 
Pakai payung sama2 lagi tu..
Tumpang boleh??
hehehe

Lee HongKi nampak tegang bila 
dekat dengan perempuan itu..

Perempuan itu.. cantik kan?? 
patutlah Lee HongKi minat.. hehe

Lee HongKi


Nie dorang semua satu kumpulan

Dua ahli nie yang aku paling minat... hehehe

Jong Hoon

Jae Jin


Ahad, 11 Mac 2012

MBLAQ (This Is War)

Aku baru je tengok video kilp MBLAQ yang baru tajuknya This Is War..

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang menyelamatkan seorang perempuan dari seorang lelaki yang ingin membunuhnya, Lee Joon pun membawa perempuan tersebut balik ke rumahnya. Lee Joon menjaga perempuan itu sehingga sembuh. Di rumah itu juga Lee Joon tinggal dengan seorang kawannya iaitu Thunder. Semasa Lee Joon pergi bekerja, perempuan tersebut tinggal bersama Thunder. Lee Joon juga ada berpesan pada Thunder supaya menjaga perempuan tersebut. Perempuan itu semakin rapat dengan Thunder. Suatu hari, Lee Joon pulang dan melihat Thunder sedang bergurau dengan perempuan itu, lantas Lee Joon menarik tangan perempuan itu, tetapi perempuan itu enggan mengikut Lee Joon. Lee Joon terpaksa menarik tangan perempuan itu supaya mengikutnya, Thunder tidak senang dengan perbuatan Lee Joon lalu mengikut mereka keluar dari rumah, di luar rumah Lee Joon telah menumbuk Thunder kerana menghalangnya. Lee Joon tidak puas hati dengan Thunder lalu mengeluarkan pistolnya lalu mengacukan pada Thunder tetapi perempuan itu menghalang Lee Joon dari menembak Thunder. Lee Joon melepaskan juga tembakkan, tetapi tembakkan tersebut tersasar dan terpantul padanya dan mengakibatkan tengkuk Lee Joon yang terkena tembakkan peluru tersebut.
Lee Joon


Thunder


Ahli-ahli lain dalam MBLAQ :

Ketua MBLAQ


                               Mir                                                                         G.O



















Apa yang aku dapat dari video klip nie ialah:

1. Seorang lelaki yang sanggup menyelamatkan seorang perempuan yang tidak dikenali.
2. Nilai persahabatan
3. Disebabkan seorang perempuan persahabatan boleh hancur
4. Kematian bukan penyelesaian masalah

Apa2 pun MBLAQ memang THE BEST!!!!!!!


Jumaat, 30 Disember 2011

Beast The Best!!!


Selepas Suju, 2PM, 4Minutes, Beast tidak kurang hebat dan popularnya di Malaysia. Banyak lagu-lagu mereka yang menjadi siulan peminat-peminat k-pop... seperti aku.. hehehe


Boy band Beast sebenarnya mempunyai 6 orang ahli dan mereka berasal semestinya dari Korea Selatan. Mereka juga telah ditubuhkan oleh Cube Entertaiment sejak tahun 2009. Ahli-ahlinya ialah Doo Joon Yoon(윤두준) , Jang Hyun Seung(장현승), Yong Jun Hyung(용준형), Yang Yo Seob(양요섭), Lee Gi Kwang(이기광) dan Dong Woon(손동운 ).


Beast telah mengeluarkan album panjang korea, empat album mini dan salah satu album penuh versi Jepun. Beast telah tampil pada Oktober 2009 dengan album mini mereka iaitu Beast is the B2ST. Selain itu, mereka juga telah mengeluarkan sebuah full album pertama mereka iaitu Faction and Fact dan mereka memenangi The First Triple Crown on M.net M. Debut tunggal mereka di Jepun juga mendapat sambutan hangat pada tahun yang sama.


Sebelum kesemua ahli kumpulan Beast ini dikumpulkan mereka telah mencuba nasib untuk memasuki kumpulan-kumpulan lain, tetapi mereka telah disingkirkan.. Contohnya, Doo Joon dan Hyun Seung telah disingkirkan atau digugurkan ketika membuat debuting oleh kumpulan Big Bang dan Gi-Kwang telah memulakan kerjayanya sebagai artis solo. Beast juga telah memenangi anugerah Bonsang di Anugerah Muzik Seoul pada tahun 2010 dan seterusnya memenangi Artist of the Year (Deasang) di aungerah Muzik Melon pada tahun ini(2011).


Pada Oktober 2009, Beast telah membuat penampilan yang pertama di MTV GongGae dan membuat persembahan sulung mereka di Bank Muzik KBS dengan debut tunggal mereka iaitu Bad Girl.




Biodata dan Picture Beast!!!

Real Name: Yoon Doo Joon
Stage Name: Doo Joon
Date of Birth: 4 July 1989
Place of Birth: Seoul, South Korea
Education: Dongshin University
Position: Leader, Rapper, Vocal

Real Name: Jang Hyun Seung
Stage Name: HyunSeung
Date of Birth: 3 Sept 1989
Place of Birth: Seoul, South Korea
Position: Lead Vocal, dancer

Real Name: Yong Jae Soon
Stage Name: Jun Hyung
Date of Birth: 19 Dec 1989
Place of Birth: Seoul, South Korea
Position; Lead Rapper, Vocal

Real Name: Yang Yo Seob
Stage Name: Yo Seob
Date of Birth: 5 Jan 1990
Place of Birth: Seoul, South Korea
Position: Main Vocal
Education: University of East Broadcasting Arts


Real Name: Lee Gi Kwang
Stage Name: Gi Kwang
Date of Birth: 30 March 1990
Place of Birth: Seoul, South Korea
Position: Lead Vocal

Real Name: Son Dong Woon
Stage Name: Dong Woon
Date of Birth: 6 June 1991
Place of Birth: Seoul, South Korea
Position: Vocal, Rapper
Education: High School Hanyoung, Konkuk University

Dream High

Assalamulaikum..... semua peminat k-pop mesti tahu kan tentang drama dream high.. Mestilah kan, sebab semua pelakonnya terdiri daripada penyanyi-penyanyi k-pop yang sedang hangat di pasaran,,hehe, aku pun tidak ketinggalan..Drama ini sebenarnya berkisarkan tentang sekumpulan remaja yang bercita-cita untuk menjadi penyanyi.. Mereka terdiri daripada Wooyoung dan Teacyeon (2PM), Suzy Bee(Miss A), Eun Jang(T-Ara) dan si gadis genit IU..Mereka semua membawa watak dan perwatakan yang berbeza dengan diri mereka yang sebenarnya.. Mereka juga berusaha untuk masuk ke sekolah musikal iaitu "Kirin Art High School", kerana sekolah itu bukan sahaja popular malah untuk masuk dan menjadi pelajarnya juga amat susah..

Serba sedikit tentang watak dan perwatakan pelakon Dream High..

Kim Soo Hyun_Song Sam Dong




Sam Dong ( dilakonkan oleh Kim Soo Hyun ) adalah seorang budak kampung yang lurus bendul yang mempunyai bakat terpendam dan tinggal bersama ibunya. Sejak kecil Sam Dong mempunyai keinginan untuk memiliki kebun pertanian sendiri. Namun keinginan itu hilang ketika dia bertemu seorang gadis dari seoul yang bernama Hye Mi ( dilakonkan oleh Suzy Miss A ) yang membuatnya jatuh cinta. Sam Dong rela melakukan apa pun untuk gadis yang di cintainya itu. Kemudian Sam Dong pun mengikut gadis itu ke sebuah sekolah seni dan akhirnya dia menemukan bakat terpendamnya dalam bidang muzik dan memulakan menjalanan kehidupan barunya untuk menjadi seorang bintang.


Suzy [ Miss A ]
 Go Hye Mi



Hye Mi adalah seorang gadis yang sempurna dan mempunyai impian untuk menjadi ‘2nd Sumi Jo‘. Sayangnya, ia tidak mampu untuk mencapai keinginannya kerana kebankrapan ayahnya dan dia pun menghentikan latihan vokalnya dan memutuskan mengikuti audition untuk menjadi penyanyi pop di sekolah seni Kirin . Situasi ini sangat merungsingkan fikirannya tentang potensinya untuk menjadi seorang penyanyi.
           Ketika bertemu dengan Sam Dong , Hye Mi tidak menyukainya karena penampilannya yang seperti pengangur. Kemudian Hye Mi dengan baik hati mengajaknya pergi ke sebuah salon untuk memotong rambutnya yang panjang dan menukar penampilannya. Setelah menukar penampilannya, barulah Hye Mi sedar bahwa dia menyukai Sam Dong.


Wooyoung (2PM)
Jason





Dalam drama ini Wooyoung belakon sebagai Jason berusia 17 tahun yang kembali ke korea setelah lama tinggal di Amerika dan tiba-tiba masuk ke Sekolah Seni Kirin. Dia sangat berbakat dalam bidang yanyian dan tarian, namun jason tidak memiliki kebolehan untuk bersaing dengan orang lain. Dia hanya menikmati apa yang miliki.


Teacyeon {2PM}
Jin Guk





Taecyeon belakon sebagai Jin Guk yang merupakan seorang  pemuda yang pernah mendapat tamparan yang kuat dalam kehidupannya dan dia tidak pernah merasa yang tamparan itu akan sembuh. Dia ditinggalkan di rumah anak yatim ketika dia masih bayi lagi kerana ibunya tidak sanggup menjadi ibu tunggal dan menjaganya. Tidak lama setelah  dia ditinggalkan di rumah anak yatim, akhirnya dia dijaga oleh datuknya iaitu Hyun Mujin, seorang ahli perniagaan yang terkenal. Jin Guk merasa tidak selesa tinggal di rumah datuknya, lalu dia meninggalkan rumah. Dia menari bersama rakan-rakannya di jalanan dan akhirnya mengikuti audition di Sekolah Seni Kirin




Ham Eun Jung [ T-ara ]  Yoon Baek Hee










Eun Jung belakon sebagai Baek Hee yang menjadi sahabat baik Hye Mi. Dia bercita - cita ingin tinggi dalam setiap persaingan. Baek Hee juga menjadi musuh, Hye Mi kerana pada mulanya hanya Beak Hee saja yang terpilih untuk masuk ke sekolah Seni Kirin. Dan disebabkan itu juga, Hye Mi telah memutuskan persahabatannya dengan Baek Hee


IU_Pil Sook




Si genit ini mempunyai suara yang sangat lunak dan memukau sesiapa saja yang mendengarnya. Pintar bermain gitar dan boleh mengubah lagu atau. Demi Jason dia sanggu diet dan akhirnya dia jadi kurus. Tapi setelah kurus dia menghindari Jason. Kerana ketika itu dia menyedari bahwa dia berubah demi Jason, dan dia merasa alasan itu sangat tidak masuk akal. Dia selalu bawa anak patungnya kemana-mana sahaja. Dan, dia sering meletakkan gula-gula di pintu loker Josan.



Antara Picture Dream High!!!!















SarAnGhEyO!!!