Isnin, 12 Mac 2012

FT Island (Severely)

 Inilah kumpulan FT Island... Diketuai oleh Jong Hoon .. Ahlinya Hong Ki, Jae Jin, Seung Hyun dan Min Hwan....

Bila aku tengok group korea FT Island aku mesti ingat dengan seorang kawan aku yang minat gila dengan Lee HongKi. Dia sanggup print out gambar2 kumpulan nie dan lekatkan pada fail2nya.. heheheh.. tulah dia kawan aku.. walaupun baru jak kenal dia tahun lalu, tapi memang best kawan dengan orang yang gilanya sama dengan aku.. Gila korea.. hehe, tapi tidaklah gila sangat..

Lagu baru FT Island yang aku tahu setakat nie ialah Severely. Kalaulah kawan aku tu tahu, ataupun dia sudah tahu dia mesti minta tolong aku downlondkan lagu itu.. hehehe...

Lagu Severely nie mengisahkan tentang seseorang lelaki yang kehilangan kekasihnya akibat kemalangan. Watak lelaki itu dipegang oleh Lee Hong Ki. Hong Ki selalu membawa keratan akhbar tentang kemalangan yang menimpa bekas kekasihnya itu. Suatu hari, ada seorang gadis yang mirip dengan bekas kekasih Hong Ki, Hong Ki ternampak gadis tersebut lalu memeluknya. Gadis tersebut terkejut lalu mengatakan bahawa dia tidak mengenali Hong Ki.
         Mulai hari itu, mereka pun berkawan. Hong Ki juga telah menganggap yang gadis itu sebagai bekas kekasihnya. Ketika mereka sedang bersiar2 bersama2, Hong Ki berminat dengan seutus rantai dan buah rantai tersebut ialah jam. Gadis itu pun membelikan rantai itu untuk Hong Ki. Ketika gadis itu berlatih menarik Hong Ki memperhatikan gadis tersebut dan ketika itu juga air matanya mengalir kerana teringatkan bekas kekasihnya, Hong Ki keluar untuk menghapus air matanya supaya gadis tersebut tidak melihatnya. Pada ketika itu, gadis itu mengambil kesempatan untuk memasukkan rantai tersebut ke dalam kocek baju Hong Ki. Gadis itu terjumpa keratan akhbar tentang kemalangan yang melibatkan bekas kekasih Hong Ki, tiba2 air mata gadis tersebut mengalir, Hong Ki masuk kembali ke dalam tempat latihan menari dan mendapati gadis itu memegang keratan akhbar tersebut. Hong Ki mahu menjelaskan sesuatu tapi dia telah dihalau oleh gadis tersebut.
       Selepas kejadikan itu, gadis tersebut tidak mahu bertemu dengan Hong Ki lagi(mungkin dia rasa yang Hong Ki hanya mencintai dia disebabkan wajah dia sama dengan bekas kekasih Hong Ki dulu). Hong Ki mengejar gadis tersebut, tapi gadis tersebut tidak mempedulikan dia(sebab gadis tersebut pakai earphone). Gadis tersebut berjalan tanpa mempedulikan panggilan Hong Ki hingga lah, ada sebuah kereta melanggar Hong Ki, barulah gadis itu menyedari bahawa Hong Ki mengejarnya dan telah menyelamatkan dia. Ketika itu juga, rantai yang dihadiahkannya kepada Hong Ki telah terkeluar dari kocek baju Hong Ki. Hong Ki tidak dapat diselamatkan..
         Sekali lagi surat khabar menyiarkan cerita mengenai seseorang yang telah meninggal dunia di tempat yang sama dengan seorang gadis dahulu.. Hong Ki telah meninggal/mati di tempat bekas kekasihnya..


So Sweet.. 
Pakai payung sama2 lagi tu..
Tumpang boleh??
hehehe

Lee HongKi nampak tegang bila 
dekat dengan perempuan itu..

Perempuan itu.. cantik kan?? 
patutlah Lee HongKi minat.. hehe

Lee HongKi


Nie dorang semua satu kumpulan

Dua ahli nie yang aku paling minat... hehehe

Jong Hoon

Jae Jin


Ahad, 11 Mac 2012

MBLAQ (This Is War)

Aku baru je tengok video kilp MBLAQ yang baru tajuknya This Is War..

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang menyelamatkan seorang perempuan dari seorang lelaki yang ingin membunuhnya, Lee Joon pun membawa perempuan tersebut balik ke rumahnya. Lee Joon menjaga perempuan itu sehingga sembuh. Di rumah itu juga Lee Joon tinggal dengan seorang kawannya iaitu Thunder. Semasa Lee Joon pergi bekerja, perempuan tersebut tinggal bersama Thunder. Lee Joon juga ada berpesan pada Thunder supaya menjaga perempuan tersebut. Perempuan itu semakin rapat dengan Thunder. Suatu hari, Lee Joon pulang dan melihat Thunder sedang bergurau dengan perempuan itu, lantas Lee Joon menarik tangan perempuan itu, tetapi perempuan itu enggan mengikut Lee Joon. Lee Joon terpaksa menarik tangan perempuan itu supaya mengikutnya, Thunder tidak senang dengan perbuatan Lee Joon lalu mengikut mereka keluar dari rumah, di luar rumah Lee Joon telah menumbuk Thunder kerana menghalangnya. Lee Joon tidak puas hati dengan Thunder lalu mengeluarkan pistolnya lalu mengacukan pada Thunder tetapi perempuan itu menghalang Lee Joon dari menembak Thunder. Lee Joon melepaskan juga tembakkan, tetapi tembakkan tersebut tersasar dan terpantul padanya dan mengakibatkan tengkuk Lee Joon yang terkena tembakkan peluru tersebut.
Lee Joon


Thunder


Ahli-ahli lain dalam MBLAQ :

Ketua MBLAQ


                               Mir                                                                         G.O



















Apa yang aku dapat dari video klip nie ialah:

1. Seorang lelaki yang sanggup menyelamatkan seorang perempuan yang tidak dikenali.
2. Nilai persahabatan
3. Disebabkan seorang perempuan persahabatan boleh hancur
4. Kematian bukan penyelesaian masalah

Apa2 pun MBLAQ memang THE BEST!!!!!!!