Ahad, 11 Mac 2012

MBLAQ (This Is War)

Aku baru je tengok video kilp MBLAQ yang baru tajuknya This Is War..

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang menyelamatkan seorang perempuan dari seorang lelaki yang ingin membunuhnya, Lee Joon pun membawa perempuan tersebut balik ke rumahnya. Lee Joon menjaga perempuan itu sehingga sembuh. Di rumah itu juga Lee Joon tinggal dengan seorang kawannya iaitu Thunder. Semasa Lee Joon pergi bekerja, perempuan tersebut tinggal bersama Thunder. Lee Joon juga ada berpesan pada Thunder supaya menjaga perempuan tersebut. Perempuan itu semakin rapat dengan Thunder. Suatu hari, Lee Joon pulang dan melihat Thunder sedang bergurau dengan perempuan itu, lantas Lee Joon menarik tangan perempuan itu, tetapi perempuan itu enggan mengikut Lee Joon. Lee Joon terpaksa menarik tangan perempuan itu supaya mengikutnya, Thunder tidak senang dengan perbuatan Lee Joon lalu mengikut mereka keluar dari rumah, di luar rumah Lee Joon telah menumbuk Thunder kerana menghalangnya. Lee Joon tidak puas hati dengan Thunder lalu mengeluarkan pistolnya lalu mengacukan pada Thunder tetapi perempuan itu menghalang Lee Joon dari menembak Thunder. Lee Joon melepaskan juga tembakkan, tetapi tembakkan tersebut tersasar dan terpantul padanya dan mengakibatkan tengkuk Lee Joon yang terkena tembakkan peluru tersebut.
Lee Joon


Thunder


Ahli-ahli lain dalam MBLAQ :

Ketua MBLAQ


                               Mir                                                                         G.O



















Apa yang aku dapat dari video klip nie ialah:

1. Seorang lelaki yang sanggup menyelamatkan seorang perempuan yang tidak dikenali.
2. Nilai persahabatan
3. Disebabkan seorang perempuan persahabatan boleh hancur
4. Kematian bukan penyelesaian masalah

Apa2 pun MBLAQ memang THE BEST!!!!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan